Sabtu, 1 September 2012

Perhubungan Antara Kerajaan Aceh Dengan Semenanjung Tanah Melayu: Satu Tinjauan Sejarah Disekitar Abad Ke–16 Hingga Abad Ke–17 Masehi.


Perhubungan Antara Kerajaan Aceh Dengan Semenanjung Tanah Melayu:
Satu Tinjauan Sejarah Disekitar Abad Ke–16 Hingga Abad Ke–17 Masehi.

Oleh:
Fadhullah bin Jamil
Pust Pemgajian Islam Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang, Malaysia

Mukaddimah :

Sejak berabad – abad perhubungan telah terjalin antara Aceh yang terletak di bahagian utara Sumatera, Indonesia dengan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia Barat). Namun demikian, bukti – bukti  sejarah menunjukkan bahwa kedua – dua wilayah ini telah mempunyai hubungan yang lebih erat dan berkesan, dan kadangkalanya trajis, di sekitar abad ke –16 hingga ke –17 Masehi, yakni dikala Aceh sedang terkenal sebagai sebuah kuasa Islam  yang besar lagi gagah di Nusantara dan imperialisme Barat sedang giat mengancam Kerajaan – kerajaan Islam di seluruh kawasan tersebut. Oleh itu, bagi menilaikan perhubungan antara Kerajaan Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu adalah sesuai sekali jika kita mengkaji tentang perkembangan – perkembangan yang berlaku di masa – masa ini akibat dari interaksi politik, ekonomi maupun agama di sekitar Selat Melaka, tanpa melupai akan peranan para penjajah Barat dalam mewarnakan suasana yang wujud itu. Ekoran dari itu, kita perlu juga mengkaji tentang motif yang tersirat disebalik perhubungan antara dua wilayah itu, bentuk – bentuk perhubungan yang ada dan kesan – kesan yang timbul kemudiannya, samada positif atau negatif.

Kelahiran dan pengukuhan Kerajaan Aceh Darussalam

Kerajaan Aceh yang di maksudkan dalam perbincangan ini ialah sebuah Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Sultan “Ali Mughayat Syah. Melalui usahanya yang gigih, baginda telah mencantumkan Aceh Besar[1] dengan Daya, sebuah kerajaan di kawasan Aceh Barat, pada tahun 1520 M[2]. Ini diikuti pula dengan penaklukan keatas Pidie (Pedir) pada tahun 1521M dan Pasai serta Aru pada 1524 M. Sejak tertakluknya daerah – daerah ini, maka terbentuklah sebuah kerajaan yang merdeka lagi berdaulat dikenali seterusnya sebagai Kerajaan Aceh Darussalam.

Malangnya, Sultan ’Ali Mughayat Syah, tak sempat memerintah lebih lama, dalam jangka masa satu dekat itu, baginda  telah berjaya membebaskan seluruh bumi Aceh dari cengkaman penjajahan Portugis. Disamping itu, bagi mengimbangi kefanatikan conquistador Portugis, baginda meniupkan semangat jihad yang membara disanubari rakyat Aceh dengan memperhebatkan pengajaran Islam di seluruh wilayah pemerintahannya.

Dasar meluas dan memperkukuhkan Kerajaan Aceh serta memerangi penjajah atas nama Islam, yang diasaskan oleh Baginda itu telah menjadi ikutan kepada beberapa orang sultan selepasnya. Menurut catatan sejarah, timur maupun barat, dasar ini telah sampai kepuncaknya di zaman Sultan Iskandar Muda ( 1607 – 1636 ) yang terkenal dengan sikap militannya.

Kerajaan  Aceh Darussalam dan Semenanjung Tanah Melayu dari 1537 – 1604 M

Dalam proses meluas dan memperkukuhkan wilayahnya serta memerangi pihak Portugis, yang berpengkalaln di Melaka sejak 1511M[3], kerajaan Aceh tak dapat tidak telah bertembung dengan kerajaan – kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu ialah Sultan Alauddin Riayat Syah (1537-1568), yang kemudiaannya oleh kerana ketangkasan dan kegagahannya menentang Portugis, digelarkan Al-Qahar (Gagah Perkasa). Pada 1537 M, sesudah menggulingkan saudarannya, Sultan Salahuddin ibni Al-Marhum Sultan ’Ali Mughayat Syah, kerana mengabaikan tugas – tugas pemerintahan dan lemah menghadapi Portugis, baginda langsung mematahkan serangan- serangan Portugis ke Aceh[4]. Setelah berjaya, baginda menyerang Melaka. Tetapi gagal menaklukinya.

Sehinggalah diketahui bahawa selepas kemangkatan Sultan ’Ali Mughayat Syah, daerah – daerah yang disatukan itu mulai goyah, akibat dari hasutan – hasutan Portugis[5]. Sepertimana kebiasaannya dengan para penjajah, Portugis memang tidak melepaskan peluang untuk mengadu domba – dombakan antara kuasa – kuasa tempatan. Ini adalah sebahagian dari dasar  “pecah perintah”. Bagi memahami akan sikap bangsa Portugis dalam hal ini, eloklah kita mengkaji barang sejenak tentang motif kedatangan mereka ke kawasan sebelah timur. Memang sejak awal – awal lagi, yakni apabila meraka meninggalkan Semenanjung Iberia dan menyeberangi Tanjung Pengharapan (Cope of Good Hope ), di hujung sebelah selatan benua Afrika, jiwa bangsa Portugis telah berkobar – kobar dengan semangat ”Perang Salib”[6]. Kejayaan meraka membebaskan tanah air mereka sendiri dari penguasa umat Islam telah menimbulkan pula satu rasa kebanggaan, iaitu ingin menakluki dan mengkristiankan seluruh penduduk bumi Timur. Dan bagi memenuhi hasrat inilah, meraka berusaha dengan berbagai cara, samada merompak, menipu atau mengadu dombakan antara satu kuasa dengan yang lainnya, bagi merangkul segala kekayaan di kawasan Timur.

Dalam kontek inilah juga, meraka telah menghasut Aru agar memberontak terhadap pemerintah Aceh. Tetapi, Al-Qahar bertindak tegas. Atas alasan untuk mengislamkan Sumatera Timur dan daerah Batak, baginda langsung menyerang Aru pada tahun 1579 M[7]. Pemberontakan itu dipatahkan. Tetapi, Ratu Aru sempat melepaskan dirinya dan memohon bantuan daripada Sultan Johor, setelah gagal memperoleh bantuan daripada Portugis di Melaka[8]. Sejak itu, bermulalah persaingan kuasa yang hebat antara Kerajaan Aceh dengan Johor. Perlu disebutkan di sini bahawa Johor warisan kepada Kesultanan Melaka, yang pernah terkenal dengan di sekitar pertengahan abad ke-15 hingga awal abad ke-16 Masihi.

Pada peringkat ini penguasaan ke atas Aru adalah merupakan satu perkara yang penting, iaitu masalah strategi bagi kedua buah kerajaan itu. Bagi Aceh, Aru adalah sebuah pengkalan yang penting untuk meluaskan daerahnya ke Siak, tanah Batak dan seterusnya bagi menyerang Melaka kerana letaknya berhadap – hadapan dengan bandar perdagangan itu[9]. Lagipun, Aru mesti ditakluki kerana ia telah berkali – kali sebagai pengakalan oleh Johor, Portugis maupun Batak untuk menyerang Aceh[10]. Sebaliknya Johor, satu kuasa yang penting di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, melihat Aru sebagai peluang baginya untuk bertapak di kawasan Sumatera Timur yang kaya dengan lada dan meluaskan kekuasaannya ke peringkat yang pernah dijangkau oleh Melaka.

Berikutnya, pada tahun 1540 M, Johor dengan sekutunya Bentan, Siak, Inderagiri, Perak dan Pahang telah keluar mengahadapi armada Aceh sebagai menyambut rayuan Ratu Aru[11]. Masing – masing negeri itu, telah bergabung tanaga kerana meraka gentar terhadap dasar luar Aceh yang agresif itu. Dalam satu pertempuran yang sengit di laut, Aceh telah dikalahkan oleh pihak sekutu itu[12]. Justeru itu, Aru dengan mudahnya ditarik masuk dalam kekuasaan Johor.

Sungguhpun kekalahan yang dialaminya adalah teruk, namun tujuh tahun kemudiannya, Aceh telah berjaya menyusun semula armada yang kuat bagi melancarkan satu serangan nekad ke atas Melaka. Al-Qahar, hampir berjaya kali ini. Anihnya dewasa itu, Perak, Pahang yang sama – sama bencikan Portugis kerana telah merampas Melaka, tanah tumpah darah nenek moyang meraka sendiri, telah keluar untuk membantu musuh meraka itu mengalahkan angkatan perang Aceh. Tetapi, ketibaan meraka sudahpun terlewat kerana sehari sebelum itu Portugis telah pun berjaya mengusir armada Aceh dari perairan Melaka. Walaupun demikian, peristiwa ini adalah penting sebab ia menggambarkan betapa takutnya kerajaan – kerajaan ini terhadap Aceh. Hinggakan meraka sanggup bersekutu dengan satu bangsa asing yang agresif dan berlainan pula aqidahnya bagi mengalahkan Aceh yang masih seagama dan sebangsa. Hal ini membuktikan juga bahawa kuasa – kuasa Islam di Nusantara ketika itu lebih mementingkan soal – soal politik dan ekonomi yang sempit, iaitu untuk menjaga keperluan masing – masing, dari kepentingan din Al – Islam yang menyeluruh, yang mana seharusnya membawa pengertian hidup dan berjuang untuk kepentingan bersama sebagai saudara dan satu umat yang padu lagi kukuh.

Bagi Al- Qahar. Kekalahannya di Melaka tidak sedikit pun menjelaskan keazamannya untuk terus merebut bandar itu dari Portugis. Berikutnya, sebelum ia mangkat, baginda telah membuat persiapan ketenteraan yang amat besar lagi rapi. Ia menubuhkan satu liga ( barisan ) negeri – negeri  Islam guna mengusir Portugis dari Nusantara[13]. Sehubungan dengan ini, baginda mengikatkan perhubungan diplomasi dengan negara – negera Islam seperti Empayar Turki Osmaniyah, Empayar Mughal di India, negeri – negeri Arab dan beberapa kerajaan di Jawa bagi memperoleh bantuan ketenteraan dan pengaliran perdagangan yang baik. Menurut Bustanu’s Salatin, Sultan Turki Osmaniyah, yang disebutkan sebagai Sultan Rum, telah mengirimkan beberapa orang pakar untuk membuat senjata dan meriam ke Aceh[14]. Dengan itu, Al-Qahar dapat memperbesar dan memperkemaskan angkatan tentaranya ke tahap yang belum pernah dicapai oleh mana – mana jua Sultan Aceh yang terdahulu darinya.

Sesudah itu, Al-Qahar langsung bertindak ke atas Johor, sekutu Portugis, supaya ia tidak dapat menghulurkan bantuan kepada Melaka apabila bandar itu diserang kelak. Ia memulakan tindakannya, dengan mengusir segala pembesar Johor dari Aru[15]. Kemudiannya, ia menyerang dan memusnahkan pula ibu negeri johor ketika itu, yakni Johor Lama peristiwa ini berlangsung pada 1564 M[16]. Sultan Alauddin II keluarganya beserta beberapa orang pembesar Johor telah dibawa sebagai tawanan ke Aceh[17]. Di sana, akhirnya baginda dibunuh kerana enggan tunduk kepada pemerintahan Aceh dan membantunya bagi memerangi Portugis.

Selama ini, kita lihat bahawa Kerajaan Aceh lebih menggunakan kekerasan dalam menghadapi lawannya. Namun bagitu, Al-Qahar tidak juga kurang dengan daya diplomasinya. Bagi melembutkan hati lawannya agar ia sanggup tunduk kepada kedaulatan Aceh dan membantunya melawan Portugis, baginda mengahwinkan puterinya dengan Raden Bahar[18], iaitu putera Al – Marhum Sultan Alauddin II. Kemudian, Raden Bahar dikiriminya kembali ke Johor untuk dirajakan di sana. Perkawinan yang berdasarkan pertimbangan politik seperti ini, bukanlah satu perkara baharu, malah ianya merupakan satu amalan biasa yang acapkali digunakan dalam masyarakat zaman silam, bagi menyelesaikan apa – apa jua pertikaian yang timbul. Tetapi keamanan yang tercapai antara Aceh dan Johor tidaklah berkekalan kerana Raden Badar yang ditabalkan sebagai Sultan Muzaffar Syah menganggap Aceh sebagai musuh yang merosakkan negerinya[19]. Baginda hanya menanti waktu untuk membalas dendam terhadap mertuanya. Oleh yang demikian, apabila Al – Qahar akhirnya menyerang Melaka pada 1568 M, baginda langsung pergi ke kota itu dengan tujuan untuk membantu Portugis mematahkan serangan armada Aceh[20]. Tetapi , ia agak terlewat. Angkatan laut Aceh telah pun meninggalkan kota Melaka sehari sebelum ketibaannya. Penglibatan semula Johor dalam konfilik antara Aceh dengan Melaka, telah menimbulakn kemarahan Al – Qahar. Justeru itu, baginda mengirimkan armada Aceh yang mana berjaya dalam pelayarannya untuk menyerang Portugis di Melaka, pada tahun 1570 M.

Apabila Sultan ’Ali Riayat Syah (1571 – 1579 M ) menaiki takhta Kerajaan Aceh, baginda menyambung terus dasar luar yang diamalkan oleh ayahnya, Al – Qahar. Pada tahun 1573, 1575 dan awal 1577 M, baginda menyerang Melaka secara berturut – turut. Malangnya, pihak Portugis telah pun bersedia dan berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Sebab utama kegagalan utama Aceh ialah kerana sistem pertahanan Portugis terlalu kukuh. Di samping itu, mereka juga menerima bantuan ketenteraan dari Goa ( India ), Portugal dan negeri – negeri Melayu seumpama Johor dan Kedah[21]. Dipihaknya, Aceh kurang bernasib baik kerana Demak, satu kuasa Islam di tanah Jawa, menolak pelawaannya untuk sama – sama menyerang Melaka[22]. Penolakan ini mungkin disebabkan oleh kepentingan masing – masing yang berbeda. Dalam pada itu, Aceh sendiri sedang bergelora dengan perebutan kuasa dan belum ada tanda – tanda akan lahirnya seorang tokoh yang mampu mengamankan suasana serta menguatkan kembali bala tentara Aceh[23].

Dikala Aceh sedang bergelora itu, para tetangganya kecuali Perak, disebelah utara Semenjung Tanah Melayu, mendapati hidup meraka adalah lebih aman. Sebelum tahun 1576 M, ia diancam oleh Aceh. Dalam satu serangan, yang tidak diketahui sebab – musababnya, Sultan Ahmad yang bersemayam, ketika itu, telah terbunuh. Seperti keadaannya dengan Johor di tahun 1564 M, keluarga diraja Perak telah dibawa sebagai tawanan ke Aceh Darussalam[24]. Ekoran dari itu, Raja Mansur, putera Al – Marhum Sultan Ahmad, yang ditawan bersama – sama sanak –saudaranya, telah dikawinkan dengan puteri Sultan Aceh. Kemudinnya, oleh kerana sikapnya yang baik, baginda langsung dinobatkan pula sebagai Sultan Aceh bagi menggantikan bapa mertuanya dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah (1579 – 1585 M )[25].

Dalam masa Aceh menguasai Perak, buat beberapa waktu Johor berada dalam keadaan aman. Sultan ’Ali Jalla Jalil II ( Raja Umar ), seorang putera diraja yang berasal dari Pahang, bukan sahaja berhasil menumpukkan perhubungan yang baik antara dengan Aceh, malah baginda secara diam – diam telah menolong kerajaan itu dalam perjuangan menentang Portugis [26]. Misalnya, baginda  membenarkan kapal – kapal untuk para pejuang yang bertempur di Melaka, untuk singgah dan berlindung di perairan Johor[27].

Pada 1580 M, Sultan ’Ali Jalla berkawin pula dengan puteri Sultan ’Alauddin Mansur Syah yang memerintah di Aceh itu[28]. Dengan ini, nampaklah seolah – olah, Aceh, Johor dan Perak akhirnya dapat hidup sebagai satu keluarga besar yang bahagia. Tetapi malangnya, takdir tidak menentukan demikian. Pada tahun 1582 M, Aceh menyerang semula Johor atas alasan bahawa Sultan ’Ali Jalla enggan tunduk ke bawah kedaulatan dan berbaik – baik dengan Portugis[29]. Dalam pertempuran yang berlaku itu, Johor dengan bantuan dari Melaka telah berjaya mematahkan serangan armada Aceh[30].

Sungguhpun begitu, dua tahun kemudinnaya, Johor terpaksa mengubah dasarnya lagi. Ia kembali berdamai dengan Aceh, apabila kapal – kapal perdagangannya diserang dan dirampok oleh Portugis. Melalui tindakan meraka itu, bangsa Portugis hanya menunjukkan sikap meraka yang sebenarnya mengenai soal perdagangan, yakni persaingan perdagangan tidaka akan diterima sama sekali.

Sementara itu, pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah di Aceh tidaklah begitu popular. Sebahagian dari pembesar yang berkuasa di sana ketika itu menentangnya atas alasan bahawa baginda adalah orang luar dan bukan dari keturunan pendiri Aceh yang asal, iaitu Sultan ’Ali Mughayat Syah[31]. Dalam hal ini, nampaknya terdapat satu unsur keturunan dalam penetangan mereka itu. Kemudian, apabila perhubungan antara baginda dengan menantunya, Sultan Johor, telah pulih kembali, para pembesar ini berasa sangsi bahawa kerajaan Perak dan johor, yang sejak asalnya berkeluarga, sedang bersekutu untuk menegakkan kekuasaan segitiga, yang mana bererti bahawa Aceh, Johor dan Perak akan berada di bawah pemerintahan Dinasti Johor[32]. Kesangsian ini bertambah, apabila baginda berangkat ke Perak untuk merajakan adiknya sendiri di sana[33]. Akibat dari penentangan ini, Sultan Alauddin Mansur Syah akhirnya terbunuh. Namun demikian, krisis seorang pemimpin yang baharu, yakni Sultan Alauddin Raiyat Syah ( 1589 – 1604 M).

Kemunculan Al – Mukammil membawa satu era baru dalam sejarah Aceh dan perhubungannya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Memyedari bahawa wilayah Aceh perlu diaman dan diperkukuhkan semula, baginda langsung menumpukan tenaganya ke arah pembangunan, khususnya dalam bidang ekonomi[34]. Akibat  dari penentangan ini, Sultan Alauddin Mansyur Syah akhirnya terbunuh. Namun demikian, krisis perebutan kuasa yang melanda Aceh itu terus meruncing hinggalah munculnya seorang pemimpin yang baharu, yakni Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Makamil (1589-1604 M). Sejajar dengan itu, baginda  kurang hal ehwal tetangganya, malah lebih minat menyelesaikan masalah-masalah secara diplomatik. Di samping itu, baginda bergiat terus bagi memperbaiki perhubungan yang telah terjalin antara Kerajaan Aceh dan negara-negara Islam di benua kecil India dan Timur Tengah. Kebetulannya, pada zaman pemerintahan baginda, Aceh juga telah memulakan perhubungan perdagangan dan diplomatik dengan dua kuasa baru dari Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris[35]. Kedua-duanya menjelajah ke Timur dengan harapan untuk menembusi monopoli perdagangan yang selama ini dikawal dengan begitu cemburu oleh Portugis. Kemudian, dalam keadaan ingin memelihara keamanan dan membagunkan wilayah Aceh Al-Mukamil tidak lupa untuk terus memperkuatkan angkatan tentara Aceh yang di biayai melalui pendapatan yang di peroleh dari perdagangan lada dan cukai perdagangan[36].

Sementara itu, hasrat Al-Mukamil untuk berdamai dengan Portugis, malangnya tidak dapat dipertahankan begitu lama kerana pihak Portugis yang rakus itu kembali menunjukkan tembelangnya  sebagai penjajah. Bangsa Portugis memang menentang perhubungan baik antara Aceh dengan Belanda dan Inggeris atas dasar ia mengancam monopoli perdagangan yang mereka perjuangkan. Oleh yang demikian, mereka telah mengadu – dombakan antara Kerajaan Aceh dengan pedagang – pedagang Belanda. Lantaran itu, tercetuslah peristiwa pembunuhan Cornelis De Houtman dan penawanan beberapa orang anak kapal Belanda[37]. Disamping itu, meraka menghasut daerah – daerah naungan Aceh supaya memisahkan diri dari kerajaan pusat. Bagi menambahkan kemarahan Aceh, meraka juga menyerang kawasan – kawasan pantai negeri itu, semasa kesultanan tersebut sedang terjerumus dalam kancah perebutan kuasa, berikut dengan penggulingan Al – Mukammil oleh puteranya sendiri[38].

Kerajaan Aceh Darussalam dan Semenanjung Tanah Melayu dari 1607 – 1636 M.

Selama tiga tahun selepas penggulingan Al – Mukammil, wilayah Aceh tak pernah mengalami keamanan. Dalam keadaan yang serba huru – hara itu, Iskandar Muda, kemudiannya dikenali sebagai Mahkota Alam (1607 – 1636 M ), telah muncul selaku orang kuat Kerajaan Aceh yang baru[39]. Setelah berjaya mematahkan serangan Portugis ke atas wilayah Aceh, baginda dengan tangkasnya melancarkan satu kudeta dan berikutnya diakui oleh ‘Ulama dan Pembesar istana sebagai Sultan yang baharu[40].

Walaupun, ia merupakan seorang pemerintah yang muda, namun baginda telah menempatkan satu sejarah yang gemilang buat kerajaan Aceh selama lebih kurang dua puloh sembilan tahun. Di bawah pemerintahannya, Aceh menghidupkan semula dasar perluasan wilayah dan mengukuhkan ekonominya melalui sistem monopoli, seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa orang Sultan sebelumnya. Bukan sekadar itu sahaja, malah Aceh yang diperintahkakn oleh Iskandar Muda, pernah secara kekerasan, dan kadangkalanya menggunakan diplomasi, untuk membawa kembali sebahagian dari kawasan – kawasan di sekitar Selat Melaka ke bawah kekuasaannya. Setelah berhasil mengstabilkan kedudukannya, Iskandar Muda dengan bala tentara Aceh yang diperkuatkan itu telah bertidak menggabungkkan semula mana – mana daerah yang telah menarik diri atau bernaung dengan dengan Johor. Sebagai permulaannya, baginda merebut kembali Aru dari Johor[41]. Kemudian, secara berturut – turut baginda menawan Rokan dan Kampar. Tindakan ini diambil sebagai membalas dendam terhadap sikap Johor yang mencabuli perairan Aceh dan mengadakan perjanjian persahabatan dengan Portugis di akhit tahun 1610 M[42].

Sejak 1612 M, baginda menutupkan seluruh bandar lada di Sumatera kepada para pedagang Portugis hingga meraka terpaksa membeli bahan itu dari Patani[43]. Pada 1613 M, Johor diserangkannya. Batu Sawar, ibu negeri Johor ketika itu, beserta bentengnya dihancurkannya[44]. Seperti Al – Kahar, baginda menawan keluarga di Johor beserta beberapa orang besar istana, termasuk Tun Seri Lanang, pengarang, “Sejarah Melayu’, yang masyhur itu, dan mengangkut mereka ke Aceh. Tetapi, Sultan Johor, iaitu Alauddin Riayat Syah III, dapat melepaskan diri ke Bintan[45].

Selepas penaklukan itu, Iskandar Muda mencorakkan Kerajaan Johor menurut kehendaknnya, iaitu agar menerima kedaulatan Aceh dan sedia membantunya memerangi Portugis. Berhubung dengan ini, Raja Abdullah (Raja Bongsu), iaitu adik kepada Sultan Johor yang dikirakan anti Portugis dan bersedia mengikut telunjuk Kerajaan Aceh, telah ditabalkan sebagai Sultan[46]. Kemudian, putera raja itu telah dihantar balik ke Johor bagi membina semula kerajaannya[47]. Sungguhpun begitu, dalam hal pentadbiran baginda dinasihati oleh sebuah badan pengawas terdiri dari rakyat Aceh, di bawah pimpinan orang kaya lelawangsa. Bagi mengeratkan perhubungan antara kedua kerajaan itu, Raja Abdullah telah dikawinkan dengan adik Iskandar Muda. Lantaran itu buat sementara waktu, Johor telah menyebelahi Aceh dalam pertikaiannya dengan Portugis.

Kemudian pada tahun 1614 M, Iskandar Muda telah membenarkan Sultan Alauddin Riayat Syah III untuk kembali ke batu Sawar, setelah Sultan itu bersetuju untuk membantu Aceh dalam perangnya dengan portugis dan mencegah pihak Belanda (V.O.C) dari berniaga di daerah Johor[48]. Tetapi, kerja – kerja pentadbiran masih di uruskan oleh Raja Abdullah, yang memakai gelar yang di pertuan Di Hilir[49]. Sejurus kemudian, mungkin atas desakan ekonomi, Sultan Johor telah membenarkan Belanda untuk berdagang semula di negerinya[50]. Akibat dari perkembangan ini, Iskandar Muda menjemput Raja Abdullah untuk berunding mengenai kedudukan Belanda di Johor dan rancangan bagi  menyerang Portugis di Melaka. Walaupun begitu, perundingan ini ternyata gagal kerana pada bulan Ogos 1615 M, Sultan Johor membuat lagi perjanjian kerjasama dengan Portugis dan atas dasar persefahaman ini, Portugis selanjutnya mengiringi putera baginda, Raja Bujang ke Pahang untuk dirajakan disana[51]. Peristiwa ini disusuli dengan kejadian Raja Abdullah menceraikan isterinya, yang berasal dari Aceh dan berkawin pula dengan adik Sultan Jambi[52]. Hal – hal ini membayangkan bahawa Johor ingin mengekalkan kemerdekaannya, selain dari membina empayar sendiri di sekitar Selat Melaka.

Justeru itu, perhubungan antara Aceh dan Johor kembali tegang. Menurut Sejarah Aceh’, pada 1615 M, Iskandar Muda menyerang pula Johor[53]. Batu Sawar dihancurkannya, kali ini, Sultan Alauddin III telah ditawan dan dibawa ke Aceh. Akhirya, baginda telah di bunuh kerana enggan bekerjasama dengan Iskandar Muda[54]. Sebaliknya, Raja Abdullah yang dinobatkan sebagai Sultan Abdullah Ma’ayat Syah, telah melarikan dirinya ke Linga. Sejak itu, baginda langsung hidup sebagai buruan hinggalah ke saat mangkatnya di Pulau Tambelan, salah sebuah pulau dalam gugusan pulau – pulau Riau – Lingga[55]. Tarikh mangkatnya ialah Mei, 1623 M.

Sementara itu, pada 1618 M, Iskandar Muda menggempur Pahang[56]. Seperti di Johor, keluarga diraja Pahang, termasuk Raja Mughal[57], telah ditawan dan di bawa ke Banda Aceh. Dalam waktu yang sama, seramai 10000 orang rakyat Pahang telah diangkut ke pusat pemerintahan itu, bagi menolong Aceh dalam usaha – usaha pengeluarannya sendiri[58]. Pada 1619 M, Kedah telah ditaklukinya pula. Berhubung dengan hal ini, Richard Winstedt[59] dan Raja Muhammad Affandi[60], telah menjelaskan bahawa kebun – kebun lada di Kedah telah dimusnahkan oleh tentara Aceh, sebagai satu langkah untuk menghapuskan persaingan perdagangan. Proses seumpama itu, berulang lagi di Perak, apabila ia diserang pada 1620 M[61].

Dengan penaklukannya ke atas Kedah dan Perak, Iskandar Muda telah juga berhasil menguasai kawasan perlombongan bijih timah yang terkaya di dunia. Di samping itu, penaklukan – penaklukan yang pantas, menyebabkan Kerajaan Aceh benar – benar menjadi satu kuasa besar sejak 1623 M. Ini bermakna bukan sahaja wilayahnya semakin luas, malah sebahagian besar dari hasil – hasil perdagangan di kawasan barat Asia berada dalam gengamannya.

Dalam kesibukannya menakluki kerajaan – kerajaan Melayu di Semenanjung, Iskandar Muda tidak juga melepaskan peluang untuk menyerang Melaka. Pada 1615 dan 1629 M, baginda menggempur kota tersebut. Dalam serangan kali kedua dan terbesar itu, Aceh telah menerima kekalahan yang teruk kerana Melaka telah pun bersiap sedia ntuk menghadapinya[62]. Selain dari itu, ia betuah sekali kerana menerima bantuan dari Goa, Patani, Pahang dan Johor[63].

Selepas kekalahan ini, Aceh tidak mampu lagi membuat sebarang serangan besar – besaran ke atas mana – mana pihak jua, lantaran armadanya telah pun lemah. Tetapi, semangat perjuangan Iskandar Muda tidak luntur. Pada tahun 1635 M, setahun sebelum kemangkatannya, baginda telah sekali lagi menggempur Pahang yang didapatinya bersekutu dengan Melaka[64].

Kerajaan Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu Selepas 1636 M.

Apabila Iskandar Muda mangkat, takhta Kerajaan Aceh telah berpindah ke tangan menantunya, Sultan Iskandar Thani ( 1636 – 1641 M), yang berasal dari Pahang[65]. Di zaman pemerintahannya, Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu telah melalui satu zaman yang berbeza dari yang pernah dialami sejak Iskandar Muda berkuasa. Secara khususnya, Kerajaan Aceh yang dipimpim oleh Iskandar Thani menumpukan perhatiannya ke arah pembangunan masyarakat dan memperkembangkan pendidikan islam. Usahanya untuk menyebarkan ajaran islam tidak sahaja terhad di daerah – daerah yang hampir dengan Aceh Besar, malah baginda juga mengirimkan  surat dan dua buah kitab, iaitu, ”Sirat Al – Mustaqim” dan ”Bab Un-Nikah ”, karangan Syaikh Nuruddin Ar – Raniry, seorang ’ulama besar Aceh dikurun ke – 17 Masihi, kepada Sultan Kedah, apabila mengetahui bahawa Islam telah pun berkembang dengan pesatnya di sana[66].

Politik Iskandar Thani yang lebih lunak itu telah menyebabkan kepentingan – kepentingan Kerajaan Aceh yang berkaitan dengan Semenanjung Tanah Melayu kian terjejas. Misalnya, Pahang, yang bersetuju untuk berdamai dengan Aceh kerana sultannya ketika adalah berasal dari keturunan raja – raja Pahang, telah dicerobohi oleh tetangganya, Johor.

Peristiwa ini, sebenarnya, telah bermula sejak awal 1636 M. Pada waktu itu, atas persetujuan para pembesar Pahang , Iskandar Thani telah mengikatkan perdamaian dengan negeri itu dan menerimanya sebagai wilayah naungan Aceh[67].  Keajadian ini membangkitkan kemarahan Johor, lebih – lebih lagi kerana ia pernah menguasai negeri Pahang sedikit masa dulu[68]. Lantaran itu, pada 1638 M, dengan bantuan sekutunya V.O.C., yang berpusat di Batavia, Jawa, Kerajaan Johor secara mengejut menyerang negeri itu[69].

Dikala kekacauan itu sedang berlaku, Iskandar Thani telah mengirimkan satu rombongan dari Aceh bagi memasangkan beberapa buah batu nisan di perkuburan kaum kerabatnya di Pahang[70]. Meskipun begitu, baginda tidak mengarahkan sebarang campur tangan bagi mengamankan suasana di sana. Selanjutnya, tidak juga terdapat apa – apa bukti yang menunjukkan bahawa baginda pernah membantah terhadap tindakan Johor Itu, dengan memberi amaran kepda Sultan Johor secara pribadi. Sebaliknya, baginda hanya menghantarkan satu bantahan keras kepada penguasaan V.O.C dan menarik balik persetujuannya untuk menolong pihak Belanda menyerang kota Melaka[71]. Sikapnya yang kurang tegas dalam hal ini, mingkin kerana Aceh tidak mampu lagi untuk melibatkan dirinya dalam peperangan yang besar, memandangkan bahawa armadanya telah pun lemah.

Apa jua halnya, Belanda menjadi semakin berani dan kerjasama Johor telah menggempurkan pula Melaka pada Jun 1640 M. Walaupun kedudukan mereka sungguh mencemaskan, namun para pejuang Portugis terus memberi tentangan  yang hebat terhadap tentera bersekutu itu. Dalam keadaan yang demikian, Melaka jatuh juga akhirnya, yakni pada bulan Januari, 1641 M[72] . Peristiwa yang  penting itu, berlalu tanpa mendapat sebarang reaksi dari Kerajaan Aceh. Ini sunnguh memeranjatkan, kerana selama satu abad sebelum itu, para putera Aceh telah mengorbankan nyawa dan harta meraka bagi merebutkan kota itu dari tangan Portugis. Walaup bagaimanapun, kejatuhan Melaka telah mengakhirkan persingkitaan yang lama, antara Aceh dengan negeri – negeri di Semenanjung, khususnya Johor. Bagi Portugis sendiri, mereka terus hilang statusnya sebagai satu kuasa besar di kawasan Nusantara.

Sementara itu, sehinggalah dinyatakan juga bahawa Johor sungguhpun mempunyai peranan dalam kejatuhan Portugis di Melaka, tetapi ia tidak pula mendapat apa – apa keuntungan yang boleh dibanggakan. Sebaliknya, ia telah membantu untuk menghapuskan seorang lawan yang telahpun tenat dan menegakkan pula seorang yang lain, yang lebih bertenaga bagi menggugat kedudukan sendiri atau sesiapa juga.

Pada 15hb. Februari, 1641 M, lebih kurang sebulan selepas tamatnya kekuasaan Portugis di Melaka, Iskandar Thani pun mangkat[73]. Sejak itu, nasib Kerajaan Aceh dan rakyatnya langsung berubah. Secara khususnya, pemerintahan Aceh tidak lagi merupakan satu kuasa yang benar – benar disegani, melainkan di Daerah inti dan Daerah Pokok[74]. Pemerinatahan para Ratu berjalan selama 59 tahun, bermula dari balu Iskandar Thani, yang bergelar Sultanah Tajul Safiatuddin Syah (1641 1675 M), mengakibatkan kekuasaan Aceh kian menurun dalam aspek –aspek politik, ekonomi dan militer, tetapi masih berkembang dan meningkat dalam hal ilmu pengetahuan, Kebudayaan dan Senibudaya[75].

Semasa, proses perubahan ini sedang berlaku, Belanda (V.O.C) telah mengambil peluang utuk memperluas dan memperkukuhkan kedudukan yang mereka baru perolehi itu, yakni sebagai kuasa yang terkuat di kawasan Nusantara. Untuk tujuan tersebut, mereka menumpukan perhatian pula ke arah negeri – negeri Melayu yang kaya dengan simpanan bijih timahnya. Misalnya apabila Kedah, yang masih bertuankan Kerajaan Aceh, melahirkan hasratnya untuk menarik diri dari kawasan Kerajaan tersebut, pihak penguasa V.O.C dengan pantasnya menyambut cita –cita itu. Satu perjanjian perdagangan telah ditandatangani dengan Sultan Kedah pada 6hb. Julai, 1641[76]. Kononnya, atas alasan untuk memberi perlindungan kepada Kedah, Belanda sebaliknya telah membolot setengah dari hasil pengeluaran negeri itu[77]. Dengan jalan ini, kebebasan yang di harap – harapkan oleh rakyat Kedah, hanya tinggal khayalan – khayalan kosong. Oleh itu, Sultan Kedah telah cuba pula untuk memperoleh perlindungan dari Kerajaan Siam, tetangganya di sebelah utara, dengan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan negeri itu, pada tahun 1664 M[78]. Tetapi malangnya, percaturan politik yang di mainkan oleh Sultan Kedah itu, menjerat dirinya sendiri. Dengan alasan bahawa Sultan Kedah tidak menunaikan perjanjian yang di buat pada tahun 1641 itu, maka Kedah pun di kepung oleh Belanda[79]. Sebagai natijahnya, Kedah terpaksa menerima sistem monopoli V.O.C atas setengah dari hasil pengeluaran timahnya. Aceh selama ini hanya tinggal sebagai pemerhati.

Hingga ke akhir pemerintahan Tajuk Alam, hanya Perak dari semua negeri Semenanjung, yang masih mengakui kedaulatan Aceh. Seungguhpun demikian, sejak 1639 M, Iskandar Thani telah membenarkan pihak V.O.C untuk membeli biji timah negeri itu[80]. Peluang ini digunakan oleh Belanda dengan sebaik – baiknya bagi membina kekuasaan mereka sendiri.

Mulai tahun 1641 M, meraka memohon untuk mengenakan monopoli ke atas perniagaan bijih timah di Perak[81]. Apabila Sultan Perak menolak permintaan ini, peraiaran Perak langung dikepungnya. Dalam perkembangan ini, Tajul Alam hanya mampu menghantarkan satu bantahan keras kepada V.O.C. Sungguh pun begitu, tindakannya telah memberi kesan kepada pihak Belanda. Kerana bimbangkan tindakan yang lebih tegas dari Kerajaan Aceh, Komisaris Tinggi Belanda, Arnold de Vlamingh telah mengadakan satu rundingan dengan Tajul Alam[82]. Beliau berharap melalui perundingan itu untuk memujuk Aceh agar menerima monopoli V.O.C ke atas wilayah Perak. Tetapi, Tajul Alam bukanlah sebarang wanita, dengan kelincinan diplomasinya, baginda telah menghantar balik wakil Belanda itu tanpa memperoleh apa – apa yang konkrit, selain dari janji – janji manis sahaja[83].

Oleh kerana perdagangannya terus terancam akibat dari persaingan hebat para pedagang India dan Pegu  ( Burma ), V.O.C lantas mengenakan kepungan yang ketat ke atas perairan Perak dan Aceh[84]. Dasar ‘gun-boat’ atas paksaan itu, berhasil juga menundukkan kedua – dua kerajaan tersebut. Aceh dan Perak terpaksa menerima monopoli yang disogokkan oleh V.O.C ke atas wilayah Perak, dengan menandatangani satu perjanjian pada tahun 1650 M[85].

Namun demikian, persetujuan yang tercapai itu, tepat tinggal di kertas sahaja. Bagi memastikan yang ianya betul – betul dilaksanakan, Belanda telah memaksa Perak supaya menandatangani satu lagi perjanjian yang pada tahun 1635 M. Ini diperkuatkan pula dengan satu perjanjian yang melibatkan Aceh pada 1655 M, tetapi, oleh kerana perjanjian – perjanjian ini diperoleh secara paksaan, maka Aceh dan Perak terus menolakkannya[86]. Kemudian, masalah ini tidak terhenti begitu sahaja, bahkan segala loji atau gudang perdagang Berlanda di serang oleh rakyat Perak[87]. Samalah juga dengan keadaannya di Aceh. Akhirnya, dengan kepungan yang lebih ketat di perairan Aceh dan Perak, Belanda berkaya mengenakan monopolinya ke atas Perak[88]. Kegagalan Aceh untuk mempertahankan kepentingan Perak kali ini telah menyebabkan rakyat Perak sedar bahwa zaman keagungan Aceh sudah pun berlalu dan masanya telah untuk Perak menyelesaikan masalah – masalah secara sendirian. Berikutnya dengan kemangkatan Tajul Alam, Perak pun membebaskan dirinya dari kekuasaan Aceh. Lantaran itu, seluruh Semenanjung Tanah Melayu terlepas dari kekuasaan Aceh buat selama – lamanya.

Rumusan:

Kerajaan Aceh Darussalam oleh Sultan ”Ali Mughayat Syah itu adalah sebuah kerajaan Islam, memandangkan bahawa ia telah di tegakkan atas asas – asas Islam. Dalam Adat Mahkota Alam, iaitu Undang – undang Dasar Kerajaan Aceh Darussalam, yang diciptakan atas arahan Sultan Iskandar Muda, misalnya, disebutkan bahawa sumber – sumber hukum yang di pakai dalam negera ialah Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak ’Ulam Ahlus Sunnah dan Qiyas[89]. Kemudian, dari segi praktik, Syariat Islam memangnya dilaksanakan dalam hal – hal tertentu. Misalnya, Iskandar Muda di peringkat akhir pemerintahannya, telah menjatuhkan hukum bunuh (rajam) ke atas puteranya sendiri, Meurah Pupok, yang di dapatinya bersalah melakukan zina dengan isteri soerang perwira muda[90]. Menurut Raja Muhammad Affandi, baginda juga membatalkan ’adat – adat zalim yang dipusakai dari zaman Hindu seperti saksi – saksi dikehendaki mencelur tangan ke dalam minyak panas atau menjilat besi panas untuk menguji kebenaran kenyataan – kenyataan mereka[91]. Hal yang sama juga disebutkan oleh Syaikh Nuruddin Ar – Raniri. Hanya beliau mengaitkan masalah menghapuskan adat –adat zalim ini dengan Iskandar Thani dan bukannya Iskandar Muda[92]. Selain dari itu, Iskandar Mud juga menghantarkan para mubaligh Islam ke negeri – negeri yang bukan Islam seperti Batak yang telah ditaklukinya[93]. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa baginda telah menggalakkan dakwah Islamiah, seperti yang di tuntut oleh Syara’.

Dalam aspek pendidikan Islam pula, para pemerintah Aceh telah menggalakkan ulama – ulama dari luar, samada dari tanah Arab, India atau lain – lain untuk bermastutin dan mengajar di daerah – derah pemerintahan meraka. Para ’ulama tempatan juga telah diberi perlindungan yang sepatutnya. Lantaran itu, muncullah ’ulama – ulama masyhur seperti Syaikh Nuruddin Ar – Raniri, yang berasal dari Ranir (Rander), Gujerat, India, Hamzah Fansuri, Syamsuddin As – Samatrani, Abdul Rauf dari Singkel dan sebagainya.

Mengenai dasar luar Kerajaan Aceh, kita dapati bahawa sejak awal – awal lagi ia mennyentuh dua aspek, iaitu melancarkan peperangan terhadap penjajahan Portugis dan percubaan untuk menegakkan hegemoni Aceh di sekitar Selat Melaka. Kedua – dua perrkara ini adalah saling berkaitan dan sebagia usaha untuk mencapai cita – cita ini Kerajaan Aceh telah cuba mengukuhkan ekonominya dengan monopoli perdagangan untuk barang – barang seperti lada dan bijih timah, membuat perhubungan diplomasi dengan beberapa buah negeri Islam seperti Empayar Turki Osmaniyah, Empayar Mughal (India) dan sebagainya. Di samping itu, ia juga memperkuatkan angkatan tenteranya, laut maupun darat.

Dalam kontek untuk mengusir Portugis dari kawasan Selat Melaka dan menegakkan hegemoninya sendiri, maka Kerajaan Aceh telah bertembung dengan beberapa negeri Semenanjung Tanah Melayu. Seperti yang telah dilihat, perhubungan antara Aceh dengan negeri – negeri ini sejak mula lagi adalah amat komplek. Komplek dengan ertikata, ia melibatkan peristiwa – peristiwa suka dan duka, yang mana membawa pula kepada beberapa kesan, samada positif atau negatif, bagi Aceh dan tetangganya itu.

Pada ’amnya’, semua pihak menerima bahawa Kerajaan Aceh Darussalam adalah sebuah Kerajaan Islam. Namun begitu, dalam hubungan dengan Semenjung Tanah Melayu, ia tidaklah selalunya digerakkan oleh kepentingan – kepentingan agama sahaja. Sebaliknya, ia juga dipengaruhi oleh faktor – faktor ekonomi dan politik, yang mana soal – soal yang penting mengenai usahanya untuk menegakkan hegemoninya sendiri di sekitar Selat Melaka.

Pertamanya, peperangan antara Aceh dan Johor di tahun – tahun 1540, 1564, 1589 dan 1612 yang melibatkan wilayah Aru itu, adalah disebabkan oleh soal strategi dan keinginan masing – masing untuk menguasai daerah –daerah pengeluaran lada di Sumatera seperti Tiku, Pariaman dan sebagainya. Dalam persaingan kuasa ini, adakalanya Johor telah dibantu oleh sekutunya seperti Pahang, Perak dan Kedah, kerana setiap kuasa ini memang berasa gentar terhadap perluasan kuasa yang di amalkan oleh Aceh. Contoh yang jelas mengenai hal ini, dapat dilihat dalam peristiwa tahun 1540, dimana armada Johor telah berjaya mengalahkan Aceh dengan pertolongan dari Perak dan Pahang, selain dari Bentan, Siak dan Inderagiri[94].

Semasa pemerintahan Iskandar Muda pula, Kerajan Aceh telah menyerang kembali wilayah – wilayah di Semenanjung Tanah Melayu. Berhubung dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa tindakan Aceh ketika itu adalah lebih dipengaruhi oleh faktor – faktor ekonomi yabg berkait pula dengan masalah menegakkan hegemoninya sendiri. Menurut Richard Winstedt dan Raja Mohd. Affandi, setelah berjaya menguasai Kedah dan Perak, Iskandar Muda telah memerintahkan agar kebun – kebun lada di kedua – dua tempat ini di musnahkan. Kemudian, dengan menakluki daerah – daerah ini juga ia telah berhasil menguasai pengeluaran bijih timah. Sama juga pentingnya dalam masalah ekonomi, ialah tindakan Aceh merosakkan wilayah – wilayah yang diserangnya dan membawa para penghuni kawasan – kawasan ini ke pusat pemerintahannya. Misalnya, Pahang telah kehilangan 10,000 orang rakyatnya kepada Aceh di tahun 1618 M[95]. Perak pula, mengalami keadaan yang sama apabila 5,000 orang rakyatnya dibawa sebagai tawanan ke Aceh[96]. Seterusnya, orang – orang ini telah digunakan sebagai pekerja – pekerja bagi menambahkan hasil pengeluaran lada di deerah Aceh sendiri[97].

Kemudian, untuk mengusirkan Portugis dan menegakkan kuasa politiknya yang mutlak di sekitar Selat Melaka, Kerajaan Aceh juga telah mengaturkan agar mereka yang memerintah di daerah – daerah takluknya itu terdiri dari orang – orang yang sanggup menerima arahan dari Banda Darussalam. Hal ini telah dilaksakannya beberapa kali di Perak dan Johor sendiri. Misalnya, Sultan Alauddin III telah digantikan dengan saudara kandungnya, Raja Abdullah pada tahun 1614 M. Kemudiannya, pada 1627 M, Iskandar Muda telah  menurunkan Sultan Mansur Syah II dan menggantinya dengan Raja Yusuf atau Raja Bongsu  yang memakai gelaran Sultan Mahmud Syah (1627 – 1630 M)[98]. Amalan yang serupa telah dijalankan juga oleh Iskandar Thani, apabila baginda menghantar saudara sepupunya, Raja Sulong, untuk dirajakan di Perak pada tahun 1636 M[99].

Pendeknya, peristiwa – peristiwa yang dinukilkan di sini menggambarkan bahawa Aceh dalam tindak – tanduknya, pernah juga dipengaruhi oleh soal – soal ekonomi dan politik, iaitu keselamatannya sendiri dari memperhitungkan nasib tetangganya yang sudah tentu mengalami keruntuhan dari segi ekonomi. Namun demikian, perjuangan menentang Portugis selama 116 tahun itu adalah berteraskan semangat jidah yang ingin menghapuskan penjajahan satu kuasa kafir ke atas wilayah – wilayah Islam.

Pada jangka panjang peperangan yang berlarutan itu membawa kerugian kepada kedua – dua Aceh dan tetangganya. Bukan sahaja banyak nyawa dan harta yang terkorban, malah kelemahan politik, militar dan ekonomi di pihak Aceh dan kerajaan – kerajaan ini, telah memberi pelunag kepada Belanda untuk memperluas dan memperkukuhkan kuasanya selepas tahun 1641 M.

Namun begitu, perhubungan antar Aceh dan negeri – negeri Melayu di Semenanjung, tidaklah merupakan peristiwa – peristiwa yang hitam semata – mata. Sebaliknya, interaksi keagamaan,  kebudayaan dan sosial pernah juga berlaku. Sebagai ’Serambi Mekkah’, satu gelara yang diperolehi di masa keagungannya dulu, Kerajaan aceh telah memberi sumbangan yang amat berharga kepada Semenanjung Tanah Melayu umumnya dab seluruh Nusantara ’amnya. Dalam kontek itu, dengan memainkan peranan sebagai pembela Islam yang utama, Aceh juga telah menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Para ulama asing dan tempatan diberi perlindungan hinggakan ajaran – ajaran meraka dapat tersebar ke seluruh pelosok rantau Nusantara. Sesungguhnya alam Melayu telah mengenali Syaikh Nuruddin Ar – Raniri, Syamsuddin As – Samatrani, Hamzah Fansuri dan karya – karya meraka melalui naungan yang meraka perolehi dari raja – raja Aceh, seumpama Iskandar Muda, Iskandar Thani, Tajul  Alam dan sebagainya.

Selain dari itu, aceh juga telah berjaya mempereratkan perhubungan antara rakyatnya dengan para penduduk negara – negara di Semenanjung, melalui peranan yang dimainkannya selaku pengkalan untuk persinggahan para jemaah haji yang berulang alik antara kota suci Mekkah dengan daerah – daerah di Nusantara. Dalam proses ini, ilmu pengetahuan Islam turut tersibar juga di kalangan jemaah yang bermukim di sana dari masa ke masa[100].

Dari segi pentadbiran pula, terdapat beberapa kesan yang ditinggalkan oleh Kerajaan Aceh, khususnya di Perak dan Kedah. Misalnya, bagi para pembesar daerah di kedua –dua negeri ini, gelaran yang dipakai iaitu, ’Orang Besar Delapan’, adalah berasal dari gelaran yang digunakan oleh Kerajaan Aceh. ’Hulubalang Delapan’[101]. Seperti juga di Aceh, dalam urusan pentadbiran harian, para pembesar ini dipanggil sahaja ’Dato’[102].

Selain dari itu ada beberapa lagi amalan di Perak yang menunjukkan kesan – kesan dari Aceh. Menurut Hugh Low, bekas pentadbir Inggeris di Perak, antara alat kebesaran Kerajaan Perak (royal regalia), hinggalah ianya di curi, terdapat sebagai ’mundam’[103]. Kemudian, hingga ke tahun 1826,  pakaian Aceh asli, terutama sekali ’pakaian pengantin’ dalam sesuatu upacara perkawinan, adalah sangat popular[104]. Seterusnya, hingga kini rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu masih mengenali sejenis kain yang mempunyai corak yang tertentu yang di panggil ’Lam Sayong’. Mengikut apa yang diketahui, sesungguhnya kain yang bercorak demikain adalah asalnya diperkenalkan di Semenanjung, semasa Kerajaan Aceh sedang di puncaknya keagungannya.

Tidak ketinggalan juga, terdapat beberapa tempat di Malaysia hingga kini yang kekal dikenali dengan nama – nama yang ada hubungannya dengan sejarah Aceh dan Jeram Musuh Karam di daerah Pahang.

Melalui huraian yang telah kita sama – sama ikuti selama ini, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa perhubungan antara Kerajaan Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu tidaklah merupakan aspek – aspek negatif semata – mata. Dalam hal ini pun, perasaan dendam atau permusuhan yang adakalanya wujud di masa yang lampau itu, tidaklah berkekalan.

Sebenarnya, bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam di hari ini, umumnya, apabila disebutkan Aceh, sudah terbayang satu macam kekaguman, iaitu sebagai satu bangsa yang teguh memegang kepada prinsip – prinsip Islam dan tidak pernah tunduk kepada  penjajah  asing.

Bibliografi

Bahasa Malaysia / Indonesia


Buyong Adil, Sejarah Johor, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1971.

Buyong Adil, Sejarah Pahang, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1972.

Buyong Adil, Sejarah Perak, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1971.

Dada Meuraxa, Sejarah kebudayaan Sumatera, Firma ’Hasmar’, Medan, 1974.

Hasjmy. A, 59 Tahun Aceh Merdeka di Bawah Pemerintahan Ratu, Bulan Bintang, Jakarta, 1977.

Iskandar, T. Nuruddin Ar – Raniri, Bustanu’s Salatin, Bab II, Fasal 13, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1960.

M. Junus Djamil, Gadjah Putih Iskandar Muda, Lembaga Kebudayaan Atjeh, Kutadraja, tanpa tarikh.

Muhammad Hassan b. Dato’  Muhammad Arshad, Al – Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1968.

Raja Mohd. Affandi, Tokoh – tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1971.

Sanusi Pane, Sedjarah Indonesia, Tjetakan Ke Enam, Perpustakan Perguruan, Kem. P.P & K, Djakarta, 1955.

Tamar Djaja, Pustaka Indonesia, Bulan Bintang, Djakarta, 1965.

Vlekke, Bernard, H.M,Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1967.

Zakaria Ahmad, Drs., Sekitar Keradjaan Atjeh Dalam Th. 1520 – 1675, Monora, Medan, tak bertarikh.

Bahasa Inggeris

Atjeh, The Encyclopedia of Islam, New Edition, vol. 1, A-B, edited by H.A.R. Gibb, et al., Luzac and Co., London, 1960.

Bastin, John and Roolvink, R.,, Malay and Indonesian Studies, Presented to Sir R. Winstedt, Oxford at the Claredon Press, 1964.

Hall, D.G.E., A History of S.E. Asia, 3rd  Edition, Macmillan Student Editions, St. Martin’s Press, London, 1970.

Harrison, Brian, South – East Asia, A Short History, 3rd Edition, Macmillan, London, 1973.

Linehan, W., A History of Pahang, Reprint no. 2, M.B.R.A.S. Reprints, Charles Grenier, Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia, 1973.

Winstedt, R.O., A History of Johore (1365 – 1895 A.D), JMBRAS, vol. x Part 3, Dec., 1932.

Winstedt, R.O., A History of Malaya, 3rd Edition, Marican dan Sons (Malaysia) Ltd., Kuala Lumpur, 1968.

Winstedt, R.O., The Malays, A Cultural History, Routledge and Kegan Paul, Ltd., London, 1961.

Winstedt, R.O., and R.J.Wilkinson, A History of Perak, M.B.R.A.S. Reprint Number Three, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Percetakan Mas Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1974.

Nota Kaki

[1] Aceh Besar ialah Inti Kerajaan Aceh.

[2] Zakaria Ahmad, Sekitar Kerajaan Atjeh dalam tahun 1520 – 1675, Penerbit Monora, Medan 1972, hal.37.

[3] Melaka, sebuah kesultanan dan pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu, telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 M.

[4] Zakaria Ahmad, op. cit. hal. 39.

[5] Loc. Cit., hal. 39.

[6] Perang Salib ialah perang agama yang dilancarkan oleh pihak Kristian Eropah ke atas umat Islam di Timur Tengah dari 1096 – 1293 M.

[7] Taman Djaya, Pustaka Indonesia, Bulan Terang, Djakarta, 1945, hal.171.

[8] Buyong Adil, Sejarah Johor, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971, hal. 20.

[9] Zakaria Ahmad, op.cit., hal. 40.

[10] Loc. Cit., hal. 40.

[11] R.O. Winstedt, A History of Johore (1365 – 1895 A – D ), JMBRAS, Vol. X, P Part 3, December 1932, hal. 19.

[12] Sebelum berlakunya pertempuran, Sultan Alauddin II dari Johor telah memperisterikan Ratu Aru.

[13] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 40, D.G.E. Hall, A History of South – East Asia, 3rd Edition, macmillan, St. Martin’s Press, London, 1970, hal. 344.

[14] Nuru’ddin Ar- Raniri, Bustanu’s Salatin, Bab II, Fasal 13, disususn oleh Dr.T. Iskandar, Dewan Bahasa dan Pusataka, Kuala Lumpur, 1996, hal. 31.

[15] Buyong Adil, op. cit., hal. 23.

[16] Loc. cit., hal. 23, Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 44.

[17] Loc. cit., hal. 23.

[18] Raden Bahar juga dikenali sebagai Radin Bakir.

[19] Buyong Adil, op.cit., hal. 25.

[20] R.O. Winstedt and R.J. Wilkinson, A History of Perak, no. 3, MBRAS, Percetakan Mas Sdn Bhd., Kuala Lumpur, 1974, hal. 19.

[21] Ibid.,  hal.26.

[22] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 45 dan Tamar Djaja, op. cit., hal. 173.

[23] Ibid., hal. 45.

[24] Ibid., hal. 48.

[25] Menurut Bustanu’s Salatin, Sultan Alauddin Mansur Syah adalah seorang yang amat saleh, muttaqin, adil dan tegas dalam melaksanakan hokum syara’.

[26] Sultan ‘Ali Jalla Jalil II memerintah Johor dari 1580 – 1597 M.

[27] Buyong Adil, op. cit., hal. 30.

[28] Ibid., hal. 31.

[29] Ibid., hal. 31.

[30] R.O Winstedt, A History of Johore (1365 – 1895 A.D), op. cit., hal. 23.

[31] Zakaria Ahmad, op. Cit., hal. 49.

[32] Ibid., hal. 48.

[33] Ibid., hal. 48.

[34] Ibid., hal. 49, 50 dan 51.

[35] Ibid., hal. 50.

[36] Ibid., hal. 51.

[37] Ibid., hal. 56.

[38] Ibid., hal. 53.

[39] Di dalam “ Al -Tarikh Salsilah Negeri Kedah”, karangan Muhammad Hasan b.Dato’ Kerani Ashad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968, hal. 53, nota – kaki 3, disebutkan bahawa Iskandar Muda terkenal juga dengan panggilan Darmawan, Perkasa Alam, Tun Pangkat dan sebagainya.

[40] Zakaria Ahmad, op.cit., hal. 63.

[41] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 65.

[42] Ibid., hal. 66.

[43] Ibid., hal. 66.

[44] Ibid., hal. 66.

[45] Ibid., hal. 66.

[46] Buyong Adil, op. cit., hal. 60 – 61.

[47] Zakaria Ahmad, op. Cit., hal. 66.

[48] Buyong Adil, op. cit., hal. 61.

[49] Ibid., hal. 61.

[50] Ibid., hal. 63.

[51] Buyong Adil, Sejarah Pahang, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972, hal. 61.

[52] Buyong Adil, op. cit., hal. 66.

[53] Ibid., hal. 63.

[54] Ibid., hal. 64.

[55] Ibid., hal. 67.

[56] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 67 dan Taman Djaja, op. cit., hal. 225.

[57] Raja Mughal akhirnya menjadi menantu Iskandar Muda dan dinobatkan sebagai penggantinya, dengan mengambil gelaran Sultan Iskandar Thani pada 1636 M.

[58] Buyong Adil,  Sejarah Pahang, op. cit., hal. 61.

[59] Richard Winstedt, The  Malays, A Cultury History, London, 1961, hal. 127.

[60] Raja Mohd. Affandi, Tokoh – tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hal. 81.

[61] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 67.

[62] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 75.

[63] Loc. Cit., hal. 75.

[64] R.O Winstedt and R.j Wilkinson, op. cit., hal. 20.

[65] Putera Iskandar Muda sendiri telah dikenakan hukum  bunuh (rajam) kerana bersalah melakukan zina.

[66] Dada Meuraxa, Sejarah Kebudayaan Sumatera, Firma’ Hasmar’, Medan, 1974, hal. 144.

[67] Buyong Adil, Sejarah Pahang, op.. cit., hal. 64.

[68] Buyong Adil, Sejarah Johor, op. cit., hal. 69.

[69] Loc. Cit., hal. 69.

[70] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 79.

[71] Buyong Adil., Sejarah Pahang, op.cit., hal. 66.

[72] R.O Winstedt, A History of Johore (1365-1895 A.D), op.cit., hal. 35.

[73] Zakaria Ahmad, op., hal. 79.

[74] Daerah Pokok ialah daerah – daerah yang meliputi Pidie, Samudera, Pasai, Perlak dan lain – lainnya.

[75] A. Hasjmy, 59 Tahun Aceh Merdeka Di Bawah  Pemerintahan Ratu, Bulan Bintang, Jakarta, 1977, hal. 95.

[76] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 81.

[77] Zakaria Ahmad, op. cit., hal. 81.

[78] Loc. Cit., hal. 81

[79] Loc. Cit., hal. 81

[80] Loc. Cit., hal. 81 & 82.

[81] Loc. Cit., hal. 81

[82] Loc. Cit., hal. 81 & 82.

[83] Loc. Cit., hal. 82.

[84] Loc. Cit., hal. 82.

[85] Loc. Cit., hal. 82.

[86] Loc. Cit., hal. 82.

[87] Loc. Cit., hal. 82.

[88] Loc. Cit., hal. 82.

[89] A. HAsjmy, op. cit., hal. 130.

[90] A. HAsjmy, op. cit., hal. 44.

[91] Raja Mohd. Affandi, op. cit, hal. 82.

[92] Nuru’ddin Ar – Raniri, op. cit., hal. 44 dan 45.

[93] Raja Mohd. Affandi, op. cit, hal. 82.

[94] D.G.E. Hall, op. cit., hal. 241

[95] Buyong Adil, Sejarah Pahang, op. cit., hal. 61.

[96] Raja Mohd. Affandi, op. cit., hal. 82.

[97] Loc. cit., hal. 82.

[98] Buyong Adil, Sejarah Perak, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal. 15.

[99] Zakaria Ahmad, op., cit., hal. 107.

[100] R.O Winstedt and R.J Wilkinson, op. cit., hal. 145.

[101] Loc. cit., hal. 45.

[102] Ibid., hal. 23.

[103] Loc. cit., hal. 23.

[104] Loc. cit., hal. 23.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan